JellyPages.com

Thursday 21 March 2013

Selamat Bercuti


Salamullah 'alaik.

Alhamdulillah , pada hari ini iaitu 21 mac 2013 , cuti sekolah telah pun bermula . Kami ahli BB (BRIGEX BESTARI) ingin mengucapkan Selamat bercuti kepada semua pembaca blog ini . Semoga cuti kita pada kali ini dapat dimanfaatkan dan digunakan dengan sebaik mungkin . Kepada pelajar semua , yang mana ada kerja rumah yang perlu disiapkan tu , siapkanlah . Kepada para pelajar SMIKT ,jangan lupa murajaah . Al-quran jangan ditinggalkan , 1 hari ditinggalkan bersamaan seminggu .

InshaAllah , sama-sama perbaiki diri kita . Biiznillah .

Sekian , Selamat bercuti .

Wednesday 13 March 2013

PERJUMPAAN BRIGED BESTARI KALI KETIGA

Salamullah 'alaik...
Alhamdulillah, pada hari Selasa bertarikh12 Mac 2013, Kelab Komputer SM imtiaz Kuala Terengganu telah mengadakan satu perjumpaan bersama ahli kelab. Meskipun, ketiadaan pelajar Tingkatan 1 yang tidak dapat hadir kerana menjalani Peperiksaan PBS. Pada hari ini juga, Kelab Komputer telah ditukar nama kepada nama yang lebih bercorak kemodenan iaitu Briged Bestari.

Menurut perancangan, insyaallah, Briged Bestari bakal melaksanakan satu program pelancaran Briged Bestari pada hari Sabtu akan datang bertarikh 16 Mac 2013. Selain itu, Briged Bestari turut membaik pulih keadaan makmal serta organisasi. Puan Nurul Syahirah binti Adis selaku Ketua Penasihat Kelab ini turut menghadiri perjumpaan kali ini bagi memberikan pendapat, idea serta kritikan membina dengan ditemani Puan Suryana binti Mat Hussin selaku Penolong Ketua Penasihat kelab ini.

Insyaalah, kami akan sentiasa memperbaiki mutu kelab ini.

Sekian, untuk laporan pada kali ini.

Friday 8 March 2013

Laporan Terkini (9 Mac 2013)


Salamullah 'alaik..

Alhamdulillah, setelah dua minggu, Kelab Komputer telah mula beroperasi dengan sangat cemerlang dengan membuka Makmal IT SM imtiaz Kuala Terengganu. (AJK guna kuasa veto lah !!) Alhamdulillah, kami berjaya mengutip lebih kurang RM100 pada minggu ini atas sebab kehadiran pelajar yang cukup ramai.

Selain itu, semalam bertarikh 8 Mac 2013, Ustaz Ridhuan Aziz (guru yang mengurus makmal) telah memaklumkan, Makmal IT 2 sedang rancak dikemaskini bagi memastikan keselesaan para pelajar. Hal ini kerana, Makmal IT 1 cukup padat untuk digunakan memandangkan para pelajar Sekolah Berprestasi Tinggi ini memerlukan kecanggihan teknologi untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

Di samping itu, sekolah turut sedang menyiapkan satu tempat khas untuk pelajar bagi mengakses internet secara percuma. Di dalamnya, memuatkan 7 unit buah komputer yang disediakan untuk pelajar bagi memastikan para pelajar tidak terlalu leka dengan inisiatif yang ada.

Sekian, laporan terkini.

Disediakan khas oleh,
Tika Tinta Seperti Pendeta,
Sayidah Musfirah Kamarul Shukri.

Mukaddimah dan Prolog ~~~


Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pemurah.
Bersyukur ke hadrat ilahi, Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Nya, kami berjaya menyiapkan dan mengemaskini blog Kelab Komputer SM imtiaz Kuala Terengganu sesuai dengan peredaran masa, taqwim, dan kehendak rancangan kami. Insyallah, pihak kami akan sentiasa mengemaskini dan memberikan sebarang maklumat mengenai kelab ini secara menyeluruh mahupun sebarang maklumat mengenai dunia teknologi terkini.

Selain itu, kami akan turut menggunakan kemudahan dunia blog ini bagi memaklumkan sebarang maklumat serta info semasa dan aktiviti yang dijalankan mengenai kelab ini. Semoga usaha ini mampu memanfaatkan semua pihak. Sebarang komen dan maklum balas bolehlah dihantar ke ruang komen atau ruang kotak menjerit.

Insyaallah, ILMU DEMI FAEDAH INSAN !!! Ayuh, majukan dunia teknologi terkini dan memanfaatkannya !!!


KELAB KOMPUTER SM imtiaz Kuala Terengganu,
Makmal IT 1,
Kuala Terengganu.


~Laporan Khas, daripada Sayidah Musfirah Kamarul Shukri serta Nurul Amirah bt Ramle~